Coco kejutkan Aryna untuk ke suku akhir

Coco kejutkan Aryna untuk ke suku akhir

WASHINGTON,. Pemain muda Amerika Syarikat (AS), Coco Gauff mengekalkan momentumnya apabila menyingkirkan pilihan kedua, Aryna Sabalenka 7-6 (7/4), 4-6, 6-4 untuk mara ke suku akhir Kejohanan WTA di Lexington, Kentucky, awal pagi tadi.

Coco yang beraksi di kejohanan pertamanya sejak Covid-19 menjejaskan kalendar musim ini akan berdepan pilihan kelapan dari Tunisia, Ons Jabeur yang mara ke suku akhir selepas menewaskan Olga Govortsova 3-6, 6-2, 6-4.

“Saya sangat gembira dengan apa yang saya lalui hari ini,” kata Coco yang mengharungi aksi selama dua jam 24 minit.

Selepas mendahului 5-2 pada set pertama, pemain berusia 16 tahun itu memerlukan aksi sehingga ke ‘tie-break’ untuk memperoleh kemenangan.

Sabalenka, yang merangkul kejuaraan Terbuka Doha sebelum Jelajah WTA ditangguhkan kerana pandemik COVID-19, mendahului 5-2 pada set kedua sekali gus mengheret aksi ke permainan penentuan.

Set ketiga menyaksikan beberapa aksi mematahkan servis lawan, dengan Sabalenka dua kali berjaya mematahkan servis Coco.

Bagaimanapun, Coco berjaya mematahkan servis Sabalenka untuk mendahului 5-4 dan menamatkan perlawanan dengan pukulan forehand kemenangan.

“Ia adalah disebabkan ketenangan dan berjaya menyerap asakan lawan. Pada set kedua, saya banyak melakukan kesilapan, jadi di permainan penentuan saya cuba atasinya,” kata Coco. – AFP

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )