Cadangan GTSM tambah baik ekosistem industri teksi akan dikaji – PM

Cadangan GTSM tambah baik ekosistem industri teksi akan dikaji – PM

KUALA LUMPUR,. Kerajaan akan mengkaji cadangan penambahbaikan ekosistem industri teksi bagi memastikan kebajikan sekitar 40,000 pemandu teksi di seluruh Malaysia terus dipelihara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau telah dikunjungi oleh ahli-ahli daripada Gabungan Pertubuhan Teksi, Kereta Sewa, Limosin Dan Teksi Lapangan Terbang Se’Malaysia (GTSM) yang diterajui oleh Kamarudin Hussain.

“Dalam sesi di pejabat saya hari ini, saya telah mendengar beberapa cadangan penambahbaikan ekosistem industri teksi termasuk bagi memastikan kebajikan sekitar 40,000 pemandu teksi di seluruh Malaysia terus dipelihara.

“Saya telah memberikan komitmen supaya cadangan yang telah dikemukakan ini akan disemak dan diteliti oleh kerajaan agar satu pendekatan yang lebih adil dapat dilaksanakan dalam memastikan kelestarian industri teksi.

“Didoakan agar usaha yang dirancang ini mampu meningkatkan taraf hidup pemain industri teksi dan mutu perkhidmatan teksi kelak, Insya-Allah,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook.

–BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )