BWF ‘payung’ baru boleh anjur Terbuka Malaysia

BWF ‘payung’ baru boleh anjur Terbuka Malaysia

KUALA LUMPUR,. Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hanya menganjurkan saingan Terbuka Malaysia 2020 sekiranya mendapat bantuan dana daripada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria, badan induk itu dijangka mengalami kerugian sekiranya tetap menganjurkan kejohanan berkenaan tanpa kehadiran penonton.

Katanya, beliau sudah pun mengarahkan Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh untuk mengadakan pertemuan dengan BWF bagi membincangkan mengenai perkara berkenaan.

“Buat masa sekarang hampir pasti ia tidak akan dianjurkan kerana kos yang sangat tinggi. Jika BWF menjadi penaja, kita akan teruskan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan BAM, hari ini.

Selain ketiadaan penonton, kejohanan yang difahamkan kosnya mencecah RM4 juta itu juga berisiko menyaksikan ketiadaan beberapa pemain ternama dunia kerana pandemik COVID-19.

Terbuka Malaysia sepatutnya berlangsung dari 31 Mac sehingga 5 April lalu namun ditangguhkan kepada 24 hingga 29 November depan berikutan pandemik COVID-19.

Dalam pada itu, Norza memberitahu, BAM akan mengadakan kejohanan secara tertutup membabitkan kesemua pemain yang dijadual berlangsung pertengahan Ogos depan.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )