BSN Takaful Sakinah bantu lebih ramai dapatkan pelan perlindungan asas

BSN Takaful Sakinah bantu lebih ramai dapatkan pelan perlindungan asas

KUALA LUMPUR,. Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN), pengendali takaful utama di Malaysia, bersama-sama dengan Bank Simpanan Nasional (BSN) telah melancarkan pelan perlindungan baharu, BSN Takaful Sakinah.

BSN Takaful Sakinah merupakan pelan yang boleh diperbaharui secara tahunan dengan perlindungan selama 12 bulan dan ia juga adalah produk patuh syariah yang mana peserta harus mempunyai akaun simpanan BSN untuk membolehkan mereka membuat pendaftaran.

Pelan ini menawarkan perlindungan untuk musibah kematian sama ada atas sebab semula jadi atau kematian akibat kemalangan dengan manfaat khairat sehingga RM3,500.

Pelan mampu milik dengan pendaftaran mudah ini tidak memerlukan pemeriksaan kesihatan, dan terbuka kepada mereka yang berumur antara 19 sehingga 50 tahun.

Terdapat tiga pilihan pelan perlindungan dengan bayaran tahunan sebanyak RM55, RM110 atau RM165 yang akan ditolak daripada akaun bank peserta.

Tuntutan perlindungan bagi kematian atas sebab semula jadi bermula daripada RM10,000 sehingga RM30,000 manakala untuk kematian yang diakibatkan oleh kemalangan, ia boleh mencecah sehingga RM60,000.

Ketua Pegawai Eksekutif PruBSN, Wan Saifulrizal Wan Ismail berkata, pelan perlindungan ini akan meningkatkan kadar penembusan insurans dan takaful di Malaysia.

“BSN Takaful Sakinah diperkenalkan sebagai ‘Pelan Perlindungan Pertama’, yang dihasilkan khas untuk membantu komuniti mengurangkan beban kewangan terhadap orang yang tersayang jika berlaku musibah kematian terhadap peserta.”

“Melalui pelan perlindungan baharu yang dilancarkan bersama pihak BSN ini, kami berada pada landasan yang tepat dalam misi kami untuk menyediakan perlindungan kewangan yang mampu milik dengan akses mudah kepada lebih ramai rakyat Malaysia,” katanya pada majlis pelancaran BSN Takaful Sakinah secara maya semalam.

Menurut Ketua Eksekutif BSN, Jay Khairil Jeremy Abdullah pula, pelan perlindungan baharu ini amat bertepatan dengan visi kami dalam memastikan tiada rakyat Malaysia yang ketinggalan.

“Adalah menjadi keutamaan kami untuk memberikan peluang kepada semua rakyat Malaysia untuk menikmati kehidupan yang lebih baik melalui jaringan rangkaian yang luas dengan pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan.”

“Pelan ini menyasarkan lebih banyak penyertaan daripada kumpulan komuniti B40 untuk membolehkan mereka mendapatkan perlindungan takaful dengan kadar sumbangan yang berpatutan,” katanya.

BSN Takaful Sakinah merupakan pelan yang boleh diperbaharui secara tahunan dengan perlindungan selama 12 bulan dan ia juga adalah produk patuh syariah yang mana peserta harus mempunyai akaun simpanan BSN untuk membolehkan mereka membuat pendaftaran.

Bagi mereka yang berminat untuk melanggan pelan perlindungan ini, mereka boleh berkunjung terus ke cawangan BSN yang terdekat mulai hari ini atau mendaftar secara layan diri melalui laman sesawang BSN.

Untuk maklumat lanjut tentang Takaful Sakinah BSN, sila layari

https://www.bsn.com.my/PersonalBanking/WealthManagement/bsn-takaful-sakinah.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)