
“Bila ayam enggan bertelur nak buat macam mana?” – Mohamad Sabu
Klang: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menjawab soalan wartawan berkenaan keterjaminan makanan negara sambil berseloroh menyentuh isu kekurangan telor ayam. Beliau menyatakan bahawa “hal makanan kita tidak boleh takbur. Sekarang keadaan adalah baik dan diharap akan berterusan”.
Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, orang ramai tidak perlu bimbang memandangkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) sentiasa memastikan bekalan berkenaan mencukupi di setiap lokasi.
Perkara itu katanya, turut dipengaruhi perubahan cuaca yang tidak berpanjangan, di mana mungkin berpotensi mengganggu kestabilan rantai makanan.
“Buat masa ini, keadaannya masih terkawal, Alhamdulillah,”
“Semua mencukupi. Tinggal esok (sehari) untuk raya,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Program Semarak Syawal 1446H Peringkat Kebangsaan di Pasar Tani Taman Sri Andalas, di sini, hari ini.
Namun, Mohamad mengakui pihaknya menerima beberapa aduan mengenai kekurangan bekalan di beberapa lokasi, namun katanya ia adalah kes terpencil dan beliau sudah mengarahkan FAMA menyelesaikannya dengan segera.
“Ada kelompongan satu, dua. Tak banyak aduan tahun ini. Amat kurang. Dan semua (bekalan) sampai kepada pengguna,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Mohamad menjelaskan kementeriannya hanya membekalkan barang keperluan namun pengawalan harga tertakluk kepada bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Program Semarak Syawal 1446H berlangsung di 262 lokasi di seluruh negara dari 22 hingga 30 Mac ini, dengan sasaran nilai jualan RM20 juta.
Antara pengisian program itu termasuk penjualan produk keperluan raya, pelbagai jenis kuih, ayam dan daging yang dijual dengan harga berpatutan.
Selain itu, jualan khas itu turut melibatkan penyertaan usahawan tempatan, pihak swasta serta agensi kerajaan yang menawarkan kombo MADANI.