Bekas PM dikejar ke hospital, kini dalam keadaan stabil

Bekas PM dikejar ke hospital, kini dalam keadaan stabil

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke sebuah pusat perubatan swasta selepas rebah secara tiba-tiba pada tengah malam tadi.

Perkara ini disahkan anak beliau, Nashriq yang memaklumkan bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

“Benar, dimasukkan ke hospital pagi tadi. Sekarang bapa dalam keadaan stabil,” katanya.

Difahamkan, Ismail Sabri dikejarkan ke hospital pada jam 2.30 pagi tadi selepas rebah di kediamannya.
Dalam pada itu, Nashriq turut memohon doa orang ramai agar bapanya dikurniakan kesihatan yang baik seperti sedia kala.
Media sebelum ini dimaklumkan mengenai laporan bekas Naib Presiden UMNO itu dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan selepas pengsan dan tidak sedarkan diri.
Setiausaha Akhbar beliau, Azran Fitri Rahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
“Datuk Seri (Ismail) pengsan tidak sedarkan diri di rumah, kira-kira jam 2 pagi tadi dan beliau dikejarkan ke hospital swasta di Subang Jaya.

“Beliau kini dalam keadaan stabil dan mohon doakan daripada semua agar Datuk Seri cepat sembuh,” katanya.

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )