Bazar Ramadan boleh dibuka dengan syarat patuhi SOP KKM

PUTRAJAYA,. Bazar Ramadan masih boleh beroperasi sekiranya ia mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, antara perkara yang perlu dipatuhi ialah amalan penjarakan individu, tahap kebersihan yang bagus serta amalan langkah berjaga-jaga.

“Selagi boleh mematuhi SOP ditetapkan, mengelak kontak, ada ruang yang baik dan semua pihak menjaga kebersihan, Bazar Ramadan boleh diteruskan,” katanya.

Terdahulu, beliau ditanya berhubung pelaksanaan Bazar Ramadan susulan wabak Covid-19 yang melanda negara ketika ini.

Pagi tadi, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, prosedur pengurusan bazar Ramadan tahun ini
akan dipertingkat bagi mengelak orang ramai bersesak di gerai-gerai jualan.

Beliau dipetik sebagai berkata, pihaknya akan membuat penelitian lanjut bersama pihak berkaitan sebelum pengumuman perkara itu dilakukan sedikit masa lagi.

Setakat ini, Negeri Sembilan dan Terengganu mengeluarkan arahan tiada Bazar Ramadan. – WILAYAHKU

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )