Bas perantara LRT berwajah baharu

Bas perantara LRT berwajah baharu

KUALA LUMPUR,. Rapid Bus Sdn Bhd, anak syarikat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dan pengenda-lian operasi perkhidmatan bas Rapid KL hari ini menampilkan wajah baharu bas perantara LRT, bagi menghubungkan penumpang yang menggunakan rel dengan stesen LRT secara efektif.

Pengerusi Prasarana Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata penampilan wajah baharu itu juga bertujuan membolehkan pengguna membezakan bas Rapid KL biasa dan bas perantara LRT.

Menurutnya inisiatif membawa penampilan baharu ini adalah susulan kejayaan bas perantara MRT yang mempunyai jumlah purata penumpang seramai 1.3 juta orang sebulan.

“Justeru, Rapid Bus berharap jumlah purata penumpang harian bas peran-tara LRT dapat ditingkatkan daripada 963,000 orang sebulan,” katanya ketika berucap di majlis pelancaran wajah baharu bas itu di stesen LRT Sri Rampai, di sini semalam.

Beliau berkata bagi projek perintis, ketika ini ia melibatkan 33 bas yang akan beroperasi di sepanjang 10 laluan yang menghubungkan pengguna ke stesen LRT Gombak, Taman Melati, Sri Rampai, Wangsa Maju, Setiawangsa dan Dato Karamat.

“Maklumat mengenai laluan bas perantara ini boleh didapati di media sosial, aplikasi Google Maps dan Moovit.

Masa bas beroperasi ke destinasi-destinasi seperti UIA Gombak, Hab Wira Damai, Taman Melewar, Danau Kota, Taman Melawati , UKAY Perdana, Jalan Genting Klang PV16, Seksyen 10 Wangsa Maju, AU3, Jentayu, Keramat dan Desa Pandan adalah dari pukul 5.30 pagi hingga 11.30 malam dengan kekerapan perkhidmatan selama 45 minit.

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )