Bank Negara Malaysia keluarkan duit syiling khas 100 tahun UPSI

Bank Negara Malaysia keluarkan duit syiling khas 100 tahun UPSI

KUALA LUMPUR,. Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan pengeluaran duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-100 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

BNM dalam satu kenyataan hari ini berkata duit syiling peringatan ini akan dikeluarkan dalam dua denominasi, Duit Syiling Peringatan Perak Sterling Berwarna (pruf) dan Duit Syiling Peringatan Emas Nordic Brilliant Uncirculated (B.U.)

“Duit syiling berbentuk segi empat sama yang pertama di Malaysia ini diperbuat daripada perak sterling dengan ketulenan 92.5 dan mempunyai berat 43 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10 dan akan dijual dengan harga RM440 sekeping.

“Duit syiling yang diperbuat daripada tembaga dan beberapa logam lain ini mempunyai berat 8.5 gram. Dengan nilai muka sebanyak RM1, duit syiling in akan dijual dengan harga RM16.50 sekeping,” katanya.

Sebanyak 1,000 keping telah ditempa untuk perak sterling manakala 5,000 keping ditempa untuk emas nordic.

Duit syiling peringatan ini juga tersedia dalam bentuk set 2 dalam 1 untuk jualan pada harga RM495.
Setiap set mengandungi sekeping duit syiling pruf perak sterling berwarna dan sekeping duit syiling pruf emas Nordic.

Sejumlah 1,000 set tersedia untuk pembelian

Orang ramai boleh membuat tempahan menerusi pautan https://duit.bnm.gov.my/ mulai 11:00 pagi Isnin, 18 Disember 2023 hingga 11:00 malam, 1 Januari 2024.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )