Bank Muamalat sasar deposit RM400 juta menerusi ‘Simpan & Menang Lebih Kaw Kaw’

Bank Muamalat sasar deposit RM400 juta menerusi ‘Simpan & Menang Lebih Kaw Kaw’

KUALA LUMPUR,. Bank Muamalat Malaysia Bhd menyasarkan deposit terkumpul sebanyak RM400 juta menerusi Kempen ‘Simpan & Menang Lebih Kaw Kaw’ bermula 1 Ogos, 2020 sehingga 31 Julai, 2021.

Naib Presiden Kanan, Bahagian Perbankan Konsumer, Zury Rahimee Zainal Abiden berkata kempen yang sama bagi tempoh 7 Ogos, 2019 sehingga 30 April 2020 lepas, berjaya mencatatkan pertumbuhan nilai deposit sebanyak RM292.88 juta.

Beliau berkata nilai itu mengatasi sasaran yang ditetapkan, dengan pertambahan bilangan akaun sebanyak 63 peratus secara keseluruhan.

“Bagi tempoh separuh pertama 2020, Bank Muamalat mencatatkan pertumbuhan nilai deposit sebanyak 25 peratus bagi akaun semasa kepada RM5.5 bilion dan 27 peratus kenaikan bagi akaun simpanan kepada RM1.8 bilion,” katanya dalam ucapan menerusi Facebook Live Bank Muamalat semalami.

Zury Rahimee berkata Kempen ‘Simpan & Menang Lebih Kaw Kaw’ menawarkan nilai hadiah keseluruhan mencecah RM2.54 juta, iaitu lebih ganjaran berbanding kempen terdahulu dengan pelbagai termasuk, hadiah utama wang tunai bernilai RM1 juta.

Dalam kenyataan hari ini, bank itu berkata Kempen ‘Simpan & Menang Lebih Kaw Kaw’ tersebut terbuka untuk semua pelanggan sedia ada dan baharu yang mempunyai akaun simpanan, akaun semasa dan akaun gaji di Bank Muamalat.

“Pemegang akaun tersebut akan mendapat kelayakan secara automatik dengan menyimpan minimum RM100 dalam akaun simpanan Bank Muamalat dan RM500 dalam akaun semasa, sepanjang tempoh kempen berlangsung,” menurut bank itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin berkata kempen ini sejajar dengan komitmen Bank Muamalat untuk memupuk tabiat menyimpan dalam kalangan masyarakat.

Ia juga membolehkan pelanggan menikmati ganjaran menarik untuk memenuhi keperluan mereka, terutama ketika ekonomi dijangka bertambah baik daripada kesan pandemik COVID-19, katanya.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )