Azhar Harun letak jawatan Pengerusi SPR 29 Jun lalu

Azhar Harun letak jawatan Pengerusi SPR 29 Jun lalu

KUALA LUMPUR,. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengesahkan Pengerusinya, Datuk Azhar Azizan Harun telah meletak jawatan berkuasa-kuasa pada 29 Jun lalu.

Menurut SPR, peletakan jawatan tersebut telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melalui surat Istana Negara bertarikh 30 Jun.

“Selaras dengan Perkara 11 (7) Perlembagaan Persekutuan, Dr Azmin Sharom, selaku timbalan Pengerusi SPR akan menjalankan tugas-tugas Pengerusi SPR sehingga pelantikan pengerusi SPR yang baharu,” demikian menurut kenyataan tersebut.

Sehubungan itu, SPR menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Azhar di atas sumbangan dan khidmat bakti beliau sepanjang memegang jawatan tersebut.
Azhar dilantik sebagai Pengerusi SPR bagi menggantikan Tan Sri Mohd Hashim Abdullah yang tamat tempoh perkhidmatan pada 1 Julai 2018.

Beberapa media melaporkan Azhar telah ditawarkan untuk memegang jawatan Yang di-Pertua Dewan Rakyat

— ASTRO AWANI

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )