Australia: Penjarakan sosial mungkin diteruskan selama setahun
ANKARA, 17 April — Langkah penjarakan sosial mungkin akan berlanjutan selama setahun di Australia, kecuali vaksin COVID-19 ditemukan, kata Perdana Menteri Scott Morrison pada Jumaat.
Beliau berkata tiada jaminan vaksin COVID-19 dapat dihasilkan, lapor agensi berita Anadolu memetik akhbar harian Morning Herald.
Pihak berkuasa juga memutuskan untuk meneruskan lockdown selama empat minggu lagi.
“Tidak pernah ada vaksin untuk SARS atau MERS dan pejarakan sosial sesuatu yang perlu kita jadikan kebiasaan,” kata Morrison.
Australia mencatatkan lebih 6,520 kes COVID-19 sementara jumlah kematian meningkat kepada 65 orang selepas seorang lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia pada Jumaat.
— BERNAMA
CATEGORIES Berita Semasa