Asnaf di Putrajaya dapat baucer tunai, kad belanja AEON

Asnaf di Putrajaya dapat baucer tunai, kad belanja AEON

PUTRAJAYA,. Kementerian Wilayah Persekutuan melalui Perbadanan Putrajaya akan mengedarkan baucer tunai dan kad belanja yang keseluruhannya bernilai RM70,000 untuk diedarkan kepada golongan asnaf di sini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Annuar Musa berkata, golongan tersebut juga akan diberikan kad belanja bagi membolehkan mereka membeli barangan keperluan di pusat beli belah AEON.

“Baucer tunai RM50 akan diberikan kepada mereka yang benar-benar layak dan miskin selain kad belanja AEON,” katanya dalam sesi Live Facebook hari ini.

Seramai 700 orang asnaf terdiri golongan B40 dan orang kurang upaya (OKU) bakal mendapat baucer bernilai RM100 setiap seorang. Data asnaf tersebut diperoleh daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Perbadanan Putrajaya dan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP). – WILAYAHKU

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )