Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$116,35 bilion pada akhir Jan 2025 – BNM

Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$116,35 bilion pada akhir Jan 2025 – BNM

KUALA LUMPUR,. Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$116,35 bilion manakala aset mata wang asing lain berjumlah US$1.10 bilion pada akhir Januari 2025, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Bank pusat berkata bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek yang telah dikenal pasti bagi pinjaman, sekuriti dan deposit mata wang asing yang termasuk pembayaran balik berjadual peminjaman luar negeri oleh kerajaan dan kematangan Bil Antara Bank BNM dalam mata wang asing berjumlah US$10,98 bilion.

“Kedudukan jualan hadapan bersih adalah sebanyak US$29.30 bilion pada akhir Januari 2025, mencerminkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam pasaran wang,” kata BNM menerusi Pemakluman Terperinci Rizab Antarabangsa pada Akhir Januari 2025, yang dikeluarkan hari ini.

dengan amalan yang diterima pakai sejak April 2006, BNM berkata data ini tidak termasuk unjuran aliran masuk mata wang asing daripada pendapatan faedah dan pengeluaran pinjaman projek. Unjuran aliran masuk mata wang asing berjumlah US$2.45 bilion bagi tempoh 12 bulan akan datang
Bank pusat berkata unjuran aliran masuk mata wang asing berjumlah US$2.45 bilion bagi tempoh 12 bulan akan datang.

Satu-satunya aliran keluar bersih jangka pendek kontingensi bagi aset mata wang asing ialah jaminan kerajaan terhadap hutang luar negeri dalam mata wang asing yang akan matang dalam tempoh satu tahun, berjumlah US$419.1 juta.

“Aliran ini tidak mengandungi sebarang pinjaman dalam mata wang asing yang terkandung opsyen, serta tidak mempunyai kemudahan kredit dan kemudahan kredit tanpa syarat yang belum digunakan yang diberikan oleh atau kepada bank pusat lain, organisasi antarabangsa, serta bank dan institusi kewangan lain.

“Bank Negara Malaysia juga tidak terbabit dalam urus niaga opsyen mata wang asing terhadap ringgit,” kata bank pusat.

Selaras dengan format Piawaian Penyebaran Data Khas (SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), pecahan terperinci rizab antarabangsa menyediakan maklumat yang berpandangan ke hadapan mengenai saiz, komposisi dan kebolehgunaan rizab dan aset mata wang asing lain serta jangkaan dan potensi aliran masuk dan keluar pertukaran asing kerajaan persekutuan dan BNM pada masa hadapan dalam tempoh 12 bulan akan datang.

“Secara keseluruhan, butiran terperinci rizab antarabangsa mengikut format SDDS IMF menunjukkan rizab antarabangsa Malaysia pada akhir bulan Januari 2025 tetap boleh guna,” katanya.

–BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )