ASEAN komited tingkat jaminan bekalan makanan kurangkan impak COVID-19

ASEAN komited tingkat jaminan bekalan makanan kurangkan impak COVID-19

PUTRAJAYA,. Negara ASEAN sebulat suara menyatakan komitmen untuk meningkatkan jaminan bekalan makanan di rantau ini dalam usaha mengurangkan impak COVID-19 terhadap rakyat serantau.

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dalam kenyataan baru-baru ini berkata komitmen itu dinyatakan dalam Mesyuarat Menteri-menteri Pertanian dan Perhutanan ASEAN (AMAF) ke-42 yang dihadiri Menterinya Datuk Seri Ronald Kiandee secara sidang video hari ini.

Turut diadakan ialah Mesyuarat AMAF Campur Tiga ke-20 dan Mesyuarat AMAF dan India (AIMMAF) keenam.

MAFI berkata negara ASEAN turut berkongsi maklumat, inisiatif serta perkara substantif yang telah dilaksanakan dalam memperkukuhkan ekonomi, kesihatan, kebajikan dan keselamatan rakyat di negara masing-masing sepanjang pandemik COVID-19.

Malaysia turut menyatakan keseriusan kerajaan dalam memperkukuhkan kedudukan ekonomi serta menjaga kebajikan rakyat dengan mengambil langkah sewajarnya menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), katanya.

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )