AS sekat kemasukan syarikat penerbangan China

AS sekat kemasukan syarikat penerbangan China

WASHINGTON,. Amerika Syarikat (AS) akan menyekat kemasukan pesawat penumpang syarikat China ke negara itu.

Arahan ini adalah yang terkini dalam peningkatan ketegangan di antara China dan AS.

Sekatan Washington ke atas empat syarikat penerbangan dari China ini akan bermula 16 Jun.

Keputusan ini dicapai selepas Beijing gagal meluluskan penyambungan penerbangan United Airlines dan Delta Airlines pada Isnin ke China.

Delta Airlines dan United Airlines sebelum ini menggantung penerbangan ke China akibat COVID-19.

Namun, pada ketika itu, syarikat China masih meneruskan penerbangan ke AS 20 kali seminggu pada Februari.

Kekerapan ini ditingkatkan kepada 34 kali seminggu pada Mac.

United Airlines dan Delta Airlines sebelum ini berharap dapat menyambung penerbangan mereka ke China pada Jun.

American Airlines pula bercadang untuk menyambung penerbangan pada Oktober.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )