Arsenal buat kejutan jual Ainsley Maitland-Niles

Arsenal buat kejutan jual Ainsley Maitland-Niles

LONDON,. Arsenal membuat kejutan apabila menyenaraikan Ainsley Maitland-Niles untuk dijual dalam usaha terdesak mereka mengumpul dana – hanya beberapa hari selepas pemain itu berjaya membantu kelabnya menjulang kejuaraan Piala FA.

Maitland-Niles menjadi pemain berprofil tinggi pertama menjadi mangsa daripada langkah penjimatan kelab berkenaan susulan pandemik COVID-19 yang sebelum ini menyaksikan seramai 55 kakitangan mereka diberhentikan.

The Gunners dijangka meletakkan harga sekitar 30 juta pound (RM165.10 juta ) ke atas pemain perancang ini dalam usaha segera untuk mengisi dana bagi menjayakan program pembangunan semula pasukan dibawah pimpinan Mikel Arteta.

Keputusan itu bagaimanapun dilihat banyak pihak sebagai mengejutkan berikutan pemain berusia 22 tahun itu adalah hasil produk akademi dan berpotensi besar sebagai pelapis masa depan kelab.

Maitland-Niles membuat 32 penampilan bersama Arsenal musim lalu termasuk sembilan kali dalam kesebelasan utama sekali gus dianggap sebagai tonggak penting Arteta.

Malah pengendali dari Sepanyol itu turut menyenaraikan pemain kelahiran London itu dalam kesebelasan utama ketika perlawanan akhir Piala FA menentang Chelsea berbanding Bukayo Saka.

– AGENSI

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )