Anak bongsu Khairy terima dos pertama vaksin COVID-19

Anak bongsu Khairy terima dos pertama vaksin COVID-19

KUALA LUMPUR,. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin meluahkan rasa lega selepas anak bongsunya menerima suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 untuk Kanak-Kanak (PICKids) pada Ahad.

Menerusi akaun Twitter rasminya, beliau memaklumkan anaknya Raif selesai menerima suntikan vaksin dos pertama di pusat pemberian vaksin (PPV) Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

“Alhamdulillah selesai vaksinasi dos pertama untuk anak bongsu saya Raif di @wtcklofficial. Rasa lega beliau dapat perlindungan dari COVID-19. Daftar anak anda untuk #PICKids #LindungDiriLindungSemua,” katanya.

Khairy turut berkongsi dua foto anaknya semasa menerima suntikan vaksin dan di reruai foto Upin dan Ipin.

Berdasarkan data COVIDNOW, sebanyak 135,478 atau 3.8 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 setakat semalam melalui PICKids yang bermula 3 Februari.

Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum ini menyasarkan 70 peratus kanak-kanak yang layak akan mendapat dos pertama dalam tempoh dua bulan pertama ini dan lengkap dua dos dalam tempoh enam bulan menerusi pelaksanaan PICKids.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )