Amaran ribut Sarawak, Sabah dan Labuan,
KUALA LUMPUR,. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan di Sarawak, Sabah dan Labuan, dengan hujan lebat serta angin kencang dijangka berlaku malam ini.
Kenyataan MetMalaysia yang dikeluarkan jam 11.05 malam ini menyebut, hujan lebat dan angin kencang itu dijangka melanda Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang di Sarawak selain Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Keningau) dan Sandakan (Tongod) di Sabah, berterusan sehingga jam 2 pagi (4 Mei).
— BERNAMA
CATEGORIES Berita Semasa