All England: Soon Huat-Shevon, Daren terkandas pusingan pertama

All England: Soon Huat-Shevon, Daren terkandas pusingan pertama

KUALA LUMPUR,. Hasrat beregu campuran profesional negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie untuk melangkah jauh dalam kejohanan badminton All England 2023 terbantut, selepas tewas seawal pusingan pertama, awal pagi tadi.

Soon Huat-Shevon pilihan ketujuh kejohanan, ditunjukkan jalan keluar selepas tewas 10-21, 14-21 di tangan gandingan Korea Selatan Seo Seung Jae-Chae Yu Jung, dalam masa 34 minit di Arena Utilita Birmingham itu.

Ia sekali gus merupakan kekalahan keempat Soon Huat-Shevon di tangan Seung Jae-Yu Jung, selepas Terbuka Jerman 2019, Jelajah Dunia 2020 di Thailand dan All England 2020.

Sementara itu, nasib sama turut menimpa pemain profesional lelaki negara Liew Daren (gambar), apabila gagal mara ke pusingan 16 terbaik aksi perseorangan lelaki selepas tewas di tangan pemain Indonesia Chico Aura Dwi Wardayo, 9-21, 16-21.

Kali terakhir Daren mara ke saingan separuh akhir dalam mana-mana kejohanan disertai ialah di Terbuka Thailand pada Mei tahun lepas.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )