Alih segera kenderaan buruk anda sebelum diangkut DBKL

Alih segera kenderaan buruk anda sebelum diangkut DBKL

KUALA LUMPUR,. Masalah kenderaan buruk dan tersadai di sekitar kawasan di ibu kota hingga menyakitkan pandangan mata mendapatkan perhatian Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Bertindak atas aduan yang diterima daripada orang ramai dan rondaan pasukan penguatkuasaan, DBKL terus melaksanakan kerja-kerja pembersihan dengan bertindak menunda dan mengalih kenderaan buruk semalam.

Ini bagi memastikan bandar raya Kuala Lumpur sentiasa dalam keadaan bersih dan kemas.

DBKL dalam kenyataannya berkata, sebanyak 11 tindakan angkut dan tunda kenderaan buruk dan tersadai telah dilaksanakan di Jalan 2/108, Taman Salak Jaya dan satu tindakan angkut rangka motosikal di Jalan 2/38C, Taman Kepong Baru.

“Kesemua 11 buah kenderaan serta satu rangka motosikal tersebut telah dibawa ke Depoh Simpanan Taman Connaught, Cheras.

“Tindakan ini dilaksanakan berasaskan aduan-aduan yang diterima selain daripada rondaan oleh pihak DBKL. Tindakan seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa,” katanya.

Sebarang aduan mengenai kenderaan buruk boleh disalur terus kepada Pusat Panggilan Setempat DBKL di talian bebas tol 1 800 88 3255. – WILAYAHKU

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)