AirAsia rai ulang tahun ke-20 dengan penerbangan istimewa

AirAsia rai ulang tahun ke-20 dengan penerbangan istimewa

KUCHING,. Syarikat penerbangan tambang murah terkemuka AirAsia, meraikan ulang tahun ke-20 dengan penerbangan pulang khas dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu yang dikendalikan kru kabin dan juruterbang yang masing-masing mempunyai pengalaman lebih daripada dua dekad.

Sambutan ulang tahun AirAsia adalah pada 8 Disember sempena tarikh Tune Air mengambil alih AirAsia secara rasmi pada tahun 2001.

Selain aktiviti menyeronokkan dan menarik untuk para tetamu termasuk kuiz, pemberian coklat istimewa dari Love18c dan minuman dari ChekHup, syarikat juga akan memperkenalkan pakaian seragam AirAsia di era DRB-Hicom secara ekslusif dalam penerbangan ini.

Penerbangan ini berlepas dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu dengan pesawat AK5104 pada jam 10.25 pagi dan tiba pada 1.00 tengah hari diikuti penerbangan
pulang ke Kuala Lumpur dengan pesawat AK5105 berlepas pada jam 1.25 petang.

AirAsia dalam satu kenyataan berkata semasa era DRB-Hicom, AirAsia merupakan sebuah syarikat penerbangan perkhidmatan penuh, pakaian seragama kru kabin terdiri darpada tiga helai pakaian iaitu baju berkolar, vest dan jaket.

Bagi wanita, pakaian seragam itu dilengkapkan dengan selendang yang diikat di leher bewarna hijau dan biru yang mewakili sejarah AirAsia.

Pakaian seragam AirAsia yang berwarna merah pula direka oleh kru kabin sendiri yang merupakan graduan reka bentuk Paris American Academy Lazarus Shuib.

Sempena sambutan ulang tahun ke-20, AirAsia Super App melancarkan pelbagai tawaran menarik untuk penerbangan, penghantaran makanan, barangan runcit, e-panggilan dan banyak lagi.

Dari 9 Disember hingga 12 Disember, portal airasia travelmall barangan bebas cukai dalam talian akan menawarkan jualan dengan diskaun sehingga 60 peratus dengan penghantaran percuma untuk barangan kecantikan.

Manakala dari 1 hingga 20 Disember, para tetamu boleh menikmati diskaun 20 peratus untuk semua tempahan hotel di airasia Super App dengan kod promosi HAPPY20 semasa membuat pembayaran.

Dari 16 hingga 20 Disember pula pelbagai tawaran disediakan antaranya perjalanan percuma dengan kod promosi FREERIDE dihadkan pada RM10, penghantaran percuma untuk bungkusan terhad kepada 100 transaksi pertama setiap hari dengan dua kali penggunaan dan pesan serta nikmati hidangan dengan harga terendah di airasia food.

Untuk lebih kisah menarik tontoni siri Never Stop yang akan bermula pada Januari 2022, menampilkan Allstars yang berkongsi pengalaman mereka selama ini dan keterujaan untuk masa depan AirAsia.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )