AirAsia Japan failkan muflis

AirAsia Japan failkan muflis

KUALA LUMPUR,. Syarikat bersekutu 33 peratus milik AirAsia Group Bhd di Jepun,ber(AAJ) hari ini memfailkan muflis.

“(Ini) disebabkan ketakmampuan bayar akibat penurunan permintaan bagi perjalanan berikutan sekatan perjalanan keluar masuk yang dikenakan susulan pandemik koronavirus,” menurut syarikat penerbangan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

AirAsia Group memegang kepentingan dalam AAJ menerusi pegangan sahamnya di AirAsia Investment Ltd.

Pada 5 Oktober, kumpulan itu mengumumkan ahli lembaga pengarahnya memutuskan untuk menutup operasi AAJ dengan serta-merta untuk mengurangkan beban kewangan di tengah-tengah situasi operasi yang amat mencabar di Jepun yang semakin teruk oleh pandemik COVID-19.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )