
AidilFitri Disambut SilatuRahim Dirapat Surau Muhajirin Desa Rejang
Kuala Lumpur,. Kemeriahan AidilFitri Masih terasa disana – sini Telah menjadi kemastian dimana sahaja Aidil fitri diasambut dengan mengadakan Rumah terbuka,
Surau Muhajirinpun tidak ketinggalan menyantuni Jemaah setempat dan oramg ramai memang meriah disana sini kelihatanya dengan juadah yang sudah semistinya lemang,ketupat,Rendang,Kambing Golek dan berbagai lagi sememangnya menyelerakan.

Tetamu Yang Hadir Menikmati Juada Yang disediakan
Pengunjung jelas kelihatan gembira bersalaman dan ramai yang turut mengambil peluang bergambar bersama Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran Rakan – Rakan Ustaz – Ustaz dari masjid Dan Surau berdekatan selain dari tetamu setempat.

Barisan AJK Surau Muhajirin Desa Rejang Zone 4
Rumah terbuka ataupun seringkali disebut sebagai ‘open house’ bukanlah sesuatu yang baru diperkenalkan dalam masyarakat Malaysia tetapi sejak zaman dahulu lagi.
Rumah terbuka adalah jamuan yang meraikan sambutan perayaan penting dalam Negara kita dan juga Perayaan komuniti lain juga turut sama menyambut Perayaan masing – masing dengan mengadakan Rumah terbuka.
Perayaan Hari Raya Aidilfitri disambut oleh masyarakat islam yang disambut sebagai meraikan kejayaan masyarakat islam berpuasa selama sebulan pada bulan Ramadhan sambutan Aidilfitri adalah tanda kemenangan seorang Muslim melaksanakan perintah Allah berpuasa di bulan Ramadan.
Ramai yang menyifatkan rumah terbuka ini hanya sinonim dengan masyarakat Melayu , tetapi sebenarnya ianya lebih tertumpu kepada perayaan besar sesuatu kaum dan masyarakat Malaysia keseluruhanya.
Pengerusi Surau Muhajirn Mengucapkan Terima kasih kepada semua tetamu yang hadir pada malam ini acara juga disempurnakan Pengerusi Surau Muhajirin Desa Rejang Ustaz Mohd Zukri Mohamed Nor.
–Abd Rahman