Ahmad Faizal Azumu dilantik MB Perak ke-13

IPOH,. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dilantik semula menggalas jawatan Menteri Besar Perak.

Perkara itu disahkan Dato’ Pengelola Bijaya Diraja, Kol (B) Datuk Abd Rahim Mohamad Nor dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan sebentar tadi.

“Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada pertimbangan baginda melantik Yang Berhormat Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, ahli DUN Chenderiang sebagai Menteri Besar Perak.

“Ia selepas beliau mendapat kepercayaan sebahagian besar ahli-ahli Dewan Negeri untuk dilantik sebagai Menteri Besar Perak yang ke-13, berpandukan Perkara XVI Fasal 2 (a), Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan,” katanya.

Katanya, istiadat angkat sumpah akan dilakukan hari ini di Istana Iskandariah, di sini pada jam 3.30 petang.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )