Agong terima watikah enam perwakilan asing ke Malaysia

Agong terima watikah enam perwakilan asing ke Malaysia

KUALA LUMPUR,. Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam berkenan menerima watikah pelantikan enam ketua perwakilan asing ke Malaysia, di Istana Negara.

Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat ke Istiadat Penyerahan Watikah Pelantikan dan Majlis Menghadap itu.

Ketua-ketua perwakilan asing berkenaan ialah Menzie Sipho Dlamini dari Eswatini, Mohamed Assadiq Masaud Attia (Libya) serta Emir Salim Yuksel (Turkiye) dan kesemua mereka bermastautin di Malaysia.

Ketua-ketua perwakilan asing yang tidak bermastautin di Malaysia pula ialah Kathos Jibao Mattai dari Sierra Leone, Eligio Alberto Salas de Leon (Panama) dan Briunny Garabito Segura (Dominica).

Hadir sama pada istiadat itu ialah Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri Datuk Amran Mohamed Zin.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )