Agong terima watikah 12 perwakilan asing ke Malaysia

Agong terima watikah 12 perwakilan asing ke Malaysia

KUALA LUMPUR,. Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam berkenan menerima watikah pelantikan 12 ketua perwakilan asing ke Malaysia, di Istana Negara di sini.

Turut berangkat ke istiadat berkenaan ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Ketua perwakilan asing berkenaan ialah Jose Luis Pardo Cuerdo dari Sepanyol, Betty Oyella Bigombe (Uganda), Jacques Louis Werner (Belanda), Valeria Csukasi (Uruguay), Peter Van Acker (Belgium), Dilli Raj Poudel (Nepal), Florence Buerki Akonor (Ghana), Ali Hussain Didi (Maldives) dan Yeo Seung-bae (Korea).

Selain itu, Fleming Raul Duarte Ramos dari Paraguay, Houssein Sidi Abdellah Deh (Mauritania) dan Tumur Amarsanaa (Mongolia).

Hadir sama pada istiadat itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Amran Mohamed Zain.

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )