Agong, Permaisuri zahir takziah kepada keluarga anggota keselamatan Istana Negara

Agong, Permaisuri zahir takziah kepada keluarga anggota keselamatan Istana Negara

\KUALA LUMPUR,. Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari semalam menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Koperal Amirul Faiz Mohammad Ali, anggota keselamatan Istana Negara yang meninggal dunia, Khamis lepas.

Turut berkenan mengucapkan takziah ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Amirul Faiz, Seri Paduka berdua berharap seluruh keluarga Allahyarham sabar serta tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.

“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman,” menurut hantaran di Facebook Istana Negara.

Menurut hantaran itu Amirul Faiz merupakan seorang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertugas di Bahagian Keselamatan Istana Negara selama 13 tahun.

Beliau meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan ke tempat tugasnya, Khamis lepas.

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )