Acryl Sani pemangku Timbalan KPN yang baharu
KUALA LUMPUR,. Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dilantik sebagai pemangku Timbalan Ketua Polis Negara berkuat kuasa hari ini.
Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman itu bakal menggantikan Datuk Mazlan Mansor yang bersara wajib bermula esok.
Menurut laporan Bernama, majlis serah terima tugas jawatan nombor dua tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu berlangsung di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab PDRM di Cheras, hari ini.
Turut hadir menyaksikan majlis tersebut, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.
Acryl Sani berpengalaman luas dalam bidang kepolisan dan pernah mengetuai beberapa jabatan di Bukit Aman antaranya Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Jabatan Sumber Strategik serta Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK).
ADVERTISING