KAUNTER PERBANKAN MENINGKAT MENJELANG KEPUTUSAN OPR BNM

KAUNTER PERBANKAN MENINGKAT MENJELANG KEPUTUSAN OPR BNM

KUALA LUMPUR,. Kaunter perbankan di Bursa Malaysia meningkat hari ini menjelang mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) pada Khamis bagi memutuskan Kadar Dasar Semalaman (OPR).

Pada 9.59 pagi, Maybank naik enam sen kepada RM10.62, Public Bank menambah dua sen kepada RM4.93 dan AmBank meningkat tujuh sen kepada RM6.82.

MPC dijadualkan mengumumkan keputusan mengenai OPR selepas mesyuaratnya esok.

Konsensus pasaran secara amnya menjangka BNM mengekalkan OPR pada kadar 2.75 peratus bagi baki tahun 2026.

— BERNAMA

CATEGORIES
Share This