Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari TUDM ke-68

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari TUDM ke-68

KUALA LUMPUR,. Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke-68 kepada seluruh warga dan veteran pasukan itu.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM), merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada komitmen warga TUDM dalam mempertahankan kedaulatan ruang udara negara.

“Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan juga para syuhada,” titah Seri Paduka Baginda.

SUMBER;

–BERNAMA

CATEGORIES
Share This