Kejuaraan B-19 ASEAN: Pemain JDT dominasi senarai akhir 23 pemain ke Medan

Kejuaraan B-19 ASEAN: Pemain JDT dominasi senarai akhir 23 pemain ke Medan

KUALA LUMPUR,. Sebanyak 15 pemain dari kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mendominasi senarai akhir 23 pemain bagi menggalas tugas skuad kebangsaan pada Kejuaraan Bawah-19 (B-19) ASEAN 2026 di Medan, Indonesia bermula 1 hingga 13 Jun 2026.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan daripada 15 pemain itu, lapan daripadanya adalah pemain JDT III manakala baki tujuh pemain lagi beraksi untuk JDT IV.

Menurut FAM, rata-rata pemain dipilih ketua jurulatih Mohd Nafuzi Zain kali ini berusia dalam lingkungan 18 dan 19 tahun manakala penyerang JDT IV Arayyan Hakeem Norizam menjadi pemain paling muda, iaitu berusia 17 tahun.

“Kejuaraan B-19 ASEAN 2026 yang berlangsung di tiga venue, iaitu Stadium Teladan, Stadium Madya 1 dan Stadium Utama Sumatera Utara disertai 11 pasukan, dengan tuan rumah yang juga juara bertahan Indonesia diundi dalam Kumpulan A bersama-sama Vietnam, Timor-Leste dan Myanmar.

“Kumpulan B menampilkan finalis edisi terdahulu, iaitu Thailand, Malaysia, Singapura dan Brunei manakala Kumpulan C dibarisi tiga pasukan – Australia, Kemboja dan Filipina,” menurut FAM.

Malaysia, yang muncul juara dua kali pada edisi 2018 dan 2022 akan memulakan kempen berdepan Singapura pada 2 Jun disusuli aksi menentang Brunei (5 Jun) sebelum melengkapkan saingan kumpulan bertemu Thailand (8 Jun).

Hanya juara kumpulan dan pasukan tempat kedua terbaik mara ke separuh akhir.

Pada edisi terakhir pada 2024 di Surabaya, Indonesia, skuad B-19 kebangsaan yang ketika itu dibimbing Juan Torres Garrido menamatkan saingan di tempat keempat selepas tewas pada penentuan sepakan penalti kepada Australia.

Berikut senarai akhir 23 pemain yang bakal membawa cabaran Malaysia pada saingan Kejuaraan Bawah-19 (B-19) ASEAN 2026 di Medan, Indonesia bermula 1 hingga 13 Jun:

No Nama Posisi Umur Kelab

1. Ahmad Lutfil Hadi Sahabudin Tengah 19 JDT III

2. Muhammad Arsyad Mohd Shamsul Aswadi Tengah 19 JDT III

3. Muhammad Arif Aiman Za’aba Tengah 19 JDT III

4. Muhammad Ierfan Hafizan Muhammad Hafiz Pertahanan 19 JDT III

5. Faez Iqhwan Muhammad Azmi Penjaga gol 19 JDT III

6. Januwaar Ahmad Iskandar Gopal Penjaga gol 19 JDT III

7. Abid Safaraz Rozaidi Penyerang 19 JDT III

8. Izzuddin Afif Nazarudin Penyerang 18 JDT III

9. Muhammad Amar Imran Uzaini Ashadi Penyerang 18 JDT IV

10. Arayyan Hakeem Norizam Penyerang 17 JDT IV

11. Aisy Aqasha Noorazhar Pertahanan 18 JDT IV

12. Muhammad Ilhaam Azani Mohd Azamin Tengah 18 JDT IV

13. Tengku Hasyri Shah Meerza Tengku Hazman Tengah 18 JDT IV

14. Muhammad Naqif Firhad Mohd Shafarin Tengah 18 JDT IV

15. Adam Hakimi Mohd Zaki Pertahanan 18 JDT IV

16. Muhamad Irfan Aswad Roslan Pertahanan 19 Selangor FC II

17. Muhammad Danial Hqzeiry Mohd Amin Tengah 19 Selangor FC B-20

18. Muhammad Airel Husainy Yusoff Pertahanan 19 Selangor FC B-20

19. Syazril Izwan Shairunizam Pertahanan 18 Selangor FC B-18

20. Muhammad Adib Rashidi Penyerang 18 Selangor FC B-18

21. Ahmad Zidan Ahmad Fazly Penjaga gol 18 Selangor FC B-18

22. Luka Jordy Hodak Tengah 18 NK Trnje FC

23. Pravinash Ravindran Tengah 18 MISC – Touchtronics FC

— BERNAMA

CATEGORIES
Share This