80 peratus Tabung Musa’adah disalurkan kepada golongan terjejas COVID-19

80 peratus Tabung Musa’adah disalurkan kepada golongan terjejas COVID-19

PUTRAJAYA,. Hampir 80 peratus daripada RM4.5 juta kutipan Tabung Musa’adah COVID-19 telah disalurkan kepada golongan terjejas akibat pandemik itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Beliau berkata dana tabung Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Yayasan Wakaf Malaysia (YWM) itu disalurkan kepada golongan yang terjejas COVID-19 tanpa mengira latar belakang, sempadan geografi atau agama.

“Kita mempunyai kriteria siapa penerima sumbangan dan setakat ini, kita telah santuni Orang Asli, gelandangan serta asnaf,” katanya dalam sidang media selepas menyampaikan sumbangan Tabung Musa’adah COVID-19 Jakim-YWM, di sini semalam.

Beliau menyampaikan sumbangan RM22,000 kepada Pertubuhan Kebajikan Orang Kurang Upaya (OKU) Autisme Selangor yang diwakili Pengarah Eksekutifnya Mohd Zulkafli Abdullah, dan sumbangan RM260,500 bagi komuniti LGBT peserta program Mukhayyam Jakim yang diwakili Pengerusi Pertubuhan Hijrah Republique Network Mohd Al Khusyairi Mohd Ariff.

“Saya galakkan orang ramai untuk menderma de-ngan tabung ini (Tabung Musa’adah COVID-19) ke-rana ia adalah saham akhirat dan perkara ini perlu dite-ruskan,” kata Zulkifli.

Sementara itu, ditanya adakah masjid di Sabah akan ditutup berikutan peningkatan kes COVID-19 di negeri berkenaan, Zulkifli berkata ketetapan itu hanya akan diputuskan oleh Majlis Ke-selamatan Negara (MKN).

“Setakat ini, kita hanya ikut keputusan MKN contohnya di Kedah, MKN yang maklumkan masjid ditutup sementara dan kita lakukan perkara itu dan semua masjid diwajibkan mengikut pro-sedur operasi standard (SOP) dalam mengekang penularan virus COVID-19,” katanya.

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )