78 projek pembangunan semula bangunan sekolah daif diluluskan tahun ini

78 projek pembangunan semula bangunan sekolah daif diluluskan tahun ini

KUALA LUMPUR,. Sebanyak 78 projek pembangunan semula bangunan sekolah daif di seluruh Malaysia dengan peruntukan berjumlah RM1.828 bilion diluluskan pada tahun ini.

Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh berkata 78 projek tersebut adalah sebahagian daripada keseluruhan 1,075 projek pembangunan semula bangunan sekolah daif yang diluluskan dengan kos projek berjumlah RM8.395 bilion sejak 2016 sehingga tahun ini.

“Sehingga 16 Julai 2024, status 1,075 projek pembangunan semula bangunan daif di sekolah adalah 708 siap (65.86 peratus), 166 dalam fasa pembinaan (15.44 peratus) dan 201 dalam fasa prabina (18.69 peratus),” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Wong turut memaklumkan Kementerian Pendidikan (KPM) menyediakan satu peruntukan tambahan sebanyak RM150 juta untuk melaksanakan kerja Ubah Suai Naik Taraf (USNT) bangunan sekolah berskala enam (tidak sesuai digunakan).

Beliau menjawab pertanyaan Senator Pele Peter Tinggom yang ingin tahu pecahan mengikut negeri peruntukan yang disalurkan KPM bagi menyelesaikan masalah sekolah daif.

–BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )