76 ditahan terlibat aktiviti judi sabung ayam, bola golek, belangkas

76 ditahan terlibat aktiviti judi sabung ayam, bola golek, belangkas

KUALA LUMPUR,. Seramai 76 individu termasuk enam wanita ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan judi di Bandar Puteri Puchong pada Sabtu.

Menurut Ketua Polis Daerah Serdang ACP Ismadi Borhan, mereka ditangkap dalam satu Operasi Bersepadu Khas bermula jam 3 petang hingga 6.30 petang semalam.

“Kegiatan judi ini merangkumi aktiviti sabung ayam, bola golek dan belangkas, dan dipercayai telah beroperasi selama sebulan.
“Antara yang ditahan ialah lima lelaki tempatan, 65 lelaki warga Indonesia dan selebihnya wanita warga Indonesia.

“Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang juga berjaya merampas wang tunai berjumlah RM45,000,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Ismadi berkata, kesemua tangkapan disiasat di bawah Seksyen 7 (2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 6(1) C dan 15 (1) C Akta Imigresen 1969.

Siasatan juga akan dibuat mengikut Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 2020.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)