55 stesen pangkalan 5G di Parlimen Setiawangsa
KUALA LUMPUR,. Parlimen Setiawangsa di ibu negara telah mempunyai 55 stesen pangkalan 5G setakat bulan ini dengan dua daripadanya terletak di Perumahan Awam (PA) Desa Rejang, Setapak.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, kawasan Parlimen itu juga mempunyai tiga Pusat Ekonomi Digital (PEDi) iaitu di Program Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas, PPR Seri Semarak dan PA Desa Rejang.
Advertisement
“Kemudahan PEDi menyediakan pelbagai kursus serta latihan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), mengasah kemahiran tentang e-dagang sekali gus membuka peluang menjana pendapatan secara dalam talian.
“Inisiatif yang dilaksanakan oleh Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dengan kerjasama strategik syarikat penyedia perkhidmatan ini juga sejajar dengan hasrat Kerajaan Perpaduan dalam membantu mengurangkan kos sara hidup dan memastikan kesalinghubungan digital menyeluruh yang digariskan di bawah kerangka Malaysia MADANI dapat dicapai,” katanya dalam kenyataan semalam.
Terdahulu ketika berucap pada majlis pelancaran Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih, Fahmi berkata KKD menyasarkan 80 peratus kawasan berpenduduk seluruh negara menikmati capaian liputan 5G menjelang akhir tahun ini.
Maklumat lanjut berkaitan Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih boleh didapati menerusi laman web rasmi KKD di a href=”https://www.kkd.gov.my/”https://www.kkd.gov.my//a.
— BERNAMA