534 kompaun dikeluar terhadap individu langgar SOP

534 kompaun dikeluar terhadap individu langgar SOP

PUTRAJAYA,. Sebanyak 534 kompaun dikeluarkan kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) semalam.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu menyaksikan 266 kompaun dikeluarkan di balai polis dengan 25 kesalahan ziarah Aidilfitri.

“Sebanyak 268 kompaun lagi dikeluarkan di lapangan dengan 257 daripadanya dikeluarkan dalam sekatan jalan raya,” katanya dalam sidang akhbar harian di sini hari.

Ismail Sabri menjelaskan, polis turut menahan 136 individu dengan 75 direman dan 61 lagi dijamin kerana ingkar PKPB.

Dalam perkembangan sama kata beliau, sebanyak 824 cubaan rentas negeri turut direkodkan semalam dengan alasan untuk pulang ke kampung.

“Selangor mencatatkan cubaan rentas negeri tertinggi dengan 284 diikuti Kedah (122) dan Melaka (113),” katanya. – WILAYAHKU

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )