![53.5 peratus populasi negara lengkap divaksin 53.5 peratus populasi negara lengkap divaksin](https://mediabatu.com/wp-content/uploads/2021/09/3494b3c0ad7740d50c6a3a27965e535c5fd1fa6d1ca5b-1-e1631595521811.jpg)
53.5 peratus populasi negara lengkap divaksin
KUALA LUMPUR,. Sebanyak 53.5 peratus atau 17,480,766 daripada keseluruhan populasi di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19, setakat semalam.
Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi perkongsian di https://covidnow.moh.gov.my memaklumkan sebanyak 66 peratus atau 21,573,348 pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.
“Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 227,147 dos vaksin diberikan semalam menjadikan keseluruhan dos yang diberikan menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 38,990,335.
Sementara itu, setakat 11.59 malam 13 September, sebanyak 104 kematian sebenar harian COVID-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam dan 309 kes kematian tertunggak.
Perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 21,124 kes.
— Bernama