500 ahli PKR Cabang Arau dan Padang Besar keluar parti

500 ahli PKR Cabang Arau dan Padang Besar keluar parti

ARAU,. Seramai 500 ahli PKR Perlis mengisytiharkan keluar parti kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Cabang Arau, Izhar Kamaruddin Sudin mendakwa seramai 300 ahli daripada Cabang Arau dan 200 ahli Cabang Padang Besar telah bertindak keluar parti.

“Kami semua bertindak keluar parti kerana Majlis Pimpinan Negeri (MPN) gagal mengutamakan kebajikan di peringkat akar umbi selain hilang kepercayaan terhadap Anwar,” katanya kepada media di sini, hari ini.

Antara barisan kepimpinan PKR Perlis yang turut keluar parti ialah bekas pengerusi PKR negeri, Mohd Faisol Abd Rahman, Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perlis, yang juga Ketua AMK Arau, Khairul Aqran Saffie dan Timbalan Ketua Cabang Padang Besar, Ahmad Sofi Abdul Manah.

Beliau berkata kesemua ahli yang keluar parti akan digerakkan menerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) di bawah Penggerak Muafakat Nasional Perlis yang akan ditubuhkan dalam tempoh terdekat.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )