453 graduan MSU College terima diploma dan sijil

453 graduan MSU College terima diploma dan sijil

SHAH ALAM,. Majlis Graduasi Kumpulan MSU College (MSUC) Ke-26 berlangsung pada majlis satu sidang di Dewan Canselor, Management and Science University (MSU) di sini.

Ia menyaksikan sambutan penuh bermakna kepada 453 graduan daripada 20 program pengajian di membabitkan 280 graduan peringkat diploma dan 173 graduan peringkat sijil.

Jumlah tersebut menyaksikan bilangan kohort graduan terbesar adalah daripada program Diploma Pengurusan iaitu sejumlah 154 graduan.

Hadir menyempurnakan majlis berkenaan ialah Presiden Kumpulan MSU College Profesor Tan Sri Dato Wira Dr Mohd Shukri Abdul Yajid, Naib Canselor MSU Profesor Puan Sri Datuk Dr Junainah Abdul Hamid serta pengurusan kanan Kumpulan MSU College dan MSU.

Sementara itu, sebanyak empat kategori khas kecemerlangan turut dianugerahkan kepada 8 graduan sebagai pengiktirafan atas pencapaian keseluruhan mereka dalam aspek akademik dan kemahiran insaniah.

Para graduan tersebut ialah Fadzim Aiman Jalani dalam Diploma Perguruan daripada MSU College Sarawak bagi Anugerah Emas Presiden dan Nurul Diyana John Bernard, Diploma Pengurusan daripada MSU College Sabah bagi Anugerah Mohd Shukri Yajid.

Manakala lima graduan penerima Anugerah Akademik ialah Doreen Kam Shu Qing (Diploma E-Commerce), Nurul Zahidah Hirol Nisak (Diploma Pengurusan), Dawson Bonaventure (Diploma Reka Bentuk Grafik), Adam Zikri Zaini (Sijil Sains Komputer) serta Nurul Sofea Mohd Yazid (Sijil Pengurusan Spa dan Kecantikan).

Turut diraikan ialah penerima Anugerah Industri iaitu Aiman Syafiq Fazin (Diploma Pengurusan).

Selaku kolej satelit kepada MSU, Kumpulan MSU College menyediakan akses pendidikan menyeluruh kepada semua dalam melahirkan graduan yang kompeten dan versatile dengan penekanan kepada elemen Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) di mana university induknya MSU diiktiraf oleh Malaysia Education & TVET 2023 sebagai Malaysia’s Best University (TVET Education).

Melalui 10 kampus dan satu pusat pembelajaran, Kumpulan MSU College selaku pusat penilaian APEL kepada MSU turut memainkan peranan proaktif dalam menyediakan pendidikan tinggi berkualiti dan berimpak tinggi apabila menawarkan program pengajian peringkat ijazah sarjana muda MSU secara pembelajaran fleksibel sama ada melalui mod bersemuka, hibrid atau dalam talian.

Penarafan berdaya saing yang diterima Kumpulan MSU College menerusi Sistem Penilaian Kualiti dan Kesetaraan Kolej Swasta Malaysia (MyQUEST) 2022 daripada Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia adalah pengiktirafan atas pencapaian cemerlang kolej dalam menyediakan perkhidmatan pendidikan yang memenuhi criteria serta standard ditetapkan.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )