41 individu dipercayai terlibat dalam pelbagai jenayah di ibu kota ditahan

41 individu dipercayai terlibat dalam pelbagai jenayah di ibu kota ditahan

KUALA LUMPUR,. Seramai 41 individu yang dipercayai terlibat dalam pelbagai kes jenayah di sekitar ibu kota, ditahan dalam Op Rentap yang dijalankan sejak 1 hingga 30 Jun lepas.

Kesemua suspek berusia lingkungan 17 hingga 56 tahun, disyaki terlibat dalam kes ragut, pecah rumah serta curi dan daripada jumlah itu 12 orang disiasat mengikut Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA).

“Op Rentap tertumpu di kawasan panas kejadian ragut di daerah Dang Wangi, Brickfields, Cheras, Sentul dan Wangsa Maju. Polis turut menjalankan pemeriksaan terhadap individu dan motosikal yang mencurigakan, selain melakukan rondaan di kawasan panas serta lokasi tumpuan peragut seperti premis pajak gadai dan hotel bajet”.

“Sepanjang operasi dijalankan, sebanyak 440 pemeriksaan individu dan 310 pemeriksaan motosikal telah dilakukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mazlan berkata, tindakan POCA bukan sahaja dikenakan terhadap penjenayah yang melakukan ragut, malah turut dikenakan terhadap ‘ulat’ atau pembeli barang-barang hasil ragut dan curi bagi memastikan keseluruhan kumpulan ini berjaya dilumpuhkan.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )