40 pelajar asnaf terima sumbangan komputer riba

40 pelajar asnaf terima sumbangan komputer riba

KUALA LUMPUR,. TH Travel & Services Sdn Bhd baru-baru ini tampil menyumbangkan komputer riba bernilai RM80,000 kepada 40 pelajar terdiri daripada kalangan asnaf menerusi Program Majlis Penyerahan Komputer Riba Kepada Pelajar Asnaf dari Kolej Uniti Port Dickson (KUPD).

Majlis penyerahan komputer riba itu disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Ketua Pegawai Eksekutif TH Travel & Services Sdn Bhd Datuk Ahmad Ruzman Ahmad Razali berkata, sumbangan tersebut merupakan dari wang zakat TH Travel & Services Sdn Bhd.

“Ini adalah satu usaha TH Travel untuk melaksanakan aktiviti kelestarian korporat bagi membantu meningkatkan kualiti hidup terutama kepada para pelajar asnaf yang terpilih.

“Semoga dengan sumbangan ini dapat meringankan beban dan memudahkan urusan pelajar dalam sesi pembelajaran dalam norma baharu seterusnya memajukan diri demi agama, bangsa dan negara.

“Ini adalah satu tanda keprihatinan bahawa golongan yang tidak berkemampuan sentiasa diberi perhatian,” katanya dalam satu kenyataan media.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )