232 mahasiswa Labuan tiba dari Semenanjung jalani kuarantin

232 mahasiswa Labuan tiba dari Semenanjung jalani kuarantin

LABUAN,. Seramai 232 pelajar institusi pengajian tinggi ( IPT ) dari Semenanjung telah tiba di Labuan semalam ditempatkan di dua pusat kuarantin bagi menjalani kuarantin wajib selama 14 hari.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Labuan Dr Fary Akmal Osman berkata, kesemua pelajar itu telah menjalani pemeriksaan kesihatan dan ujian swab secara rawak oleh Jabatan Kesihatan sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Labuan

“ Mereka yang ditempatkan di pusat kuarantin kebanyakannya datang dari zon kuning dan merah Covid-19 di Semenanjung.

“ Sekurang-kurangnya 48 peratus atau 111 daripada 232 pelajar berkenaan dihantar ke dua pusat kuarantin selepas menjalani penilaian risiko dan prosedur pengambilan sampel manakala 121 lagi dikuarantin di rumah sekurang-kurangnya selama 14 hari,” katanya.

Fary berkata, seramai 95 pelajar telah dihantar ke pusat kuarantin di Pusat Giat Mara manakala 16 pelajar ditempatkan pusat kuarantin di Institut Latihan Perindustrian ( ILP ). – WILAYAHKU

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )