22,361,734 populasi dewasa lengkap divaksin

22,361,734 populasi dewasa lengkap divaksin

KUALA LUMPUR,. Kadar populasi dewasa di negara ini yang lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19 meningkat kepada 22,361,734 individu setakat 11.59 malam tadi, berbanding 22,348,481 pada Sabtu.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman COVIDNOW, sejumlah 22,872,309 atau 97.7 peratus individu pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Selain itu, sebanyak 63,489 dos vaksin harian diberikan semalam melibatkan golongan dewasa dan remaja, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 50,076,170 dos.

Bagi golongan kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, setakat semalam 2,091,464 individu atau 66.4 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin manakala 83 peratus atau 2,612,742 individu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menerusi PICK Remaja yang bermula sejak 8 Sept.

Dalam pada itu, sejumlah 16,244 dos penggalak vaksin COVID-19 diberikan semalam menjadikan jumlah kumulatif kini 307,653 dos.

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )