1MDB: Semua pelaburan luar negara oleh entiti pemastautin tertakluk kepada AKPW 1953 – BNM

1MDB: Semua pelaburan luar negara oleh entiti pemastautin tertakluk kepada AKPW 1953 – BNM

KUALA LUMPUR,. Bank Negara Malaysia (BNM) pada Khamis menjelaskan kesemua pelaburan di luar negara oleh entiti pemastautin tertakluk pada syarat di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang (AKPW) 1953 yang telah dikuatkuasakan sebelum 2013, yang selepas itu diganti oleh Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

BNM menambah, syarat-syarat tersebut dan kriteria yang mengawal pelaburan tersebut adalah telus dan diterbitkan dalam laman sesawang BNM.

“Kesemua permohonan yang dihantar oleh 1MDB, termasuk permohonan yang dinyatakan di atas, adalah tertakluk pada kriteria kelulusan dan proses tadbir urus dalaman yang digunakan dalam mana-mana permohonan yang dihantar oleh entiti-entiti lain kepada BNM,” menurutnya dalam kenyataan.

Kenyataan BNM tersebut adalah merujuk testimoni saksi dalam perbicaraan yang sedang berlangsung di New York, Amerika Syarikat berhubung kelulusan yang diberikan oleh BNM kepada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) untuk melabur di luar negara pada 2009.

BNM turut mengulas laporan terdahulu mengenai maklumat yang diterima daripada unit perisikan kewangan (FIU) asing yang berkaitan dengan akaun milik suami kepada bekas gabenor.

Dalam hal terbabit, maklumat telah diberikan kepada agensi penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan pada April 2016 selaras dengan tanggungjawab BNM di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001, jelasnya.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )