181 petugas kesihatan positif Covid-19, dua meninggal dunia

181 petugas kesihatan positif Covid-19, dua meninggal dunia

PUTRAJAYA,. Seramai 181 petugas kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan swasta disahkan positif Covid-19 dan dua daripadanya meninggal dunia akibat wabak itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bagaimanapun punca jangkitan petugas itu bukan disebabkan ketika mengendalikan pesakit samada di wad atau unit rawatan rapi.

Katanya, seramai 122 orang dari jumlah itu dijangkiti di luar kawasan hospital sebelum menjangkiti kawan lain di tempat bertugas.

PETUGAS kesihatan memakai pakaian PPE sebagai langkah keselamatan untuk elak jangkitan Covid-19. Gambar hiasan

“36 lagi dijangkiti kerana ada pesakit tidak memaklumkan mereka mempunyai hubung kait dengan kontak rapat positif Covid-19.

“Jadi mereka tidak mengenakan alat perlindungan diri. Hanya 20 peratus dijangkiti di hospital dan 80 peratus bukan berkaitan perkhidmatan di hospital,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Beliau berkata, bagi memastikan jangkitan wabak tidak berlaku, seramai 2,000 petugas kesihatan disaring.

“Ia membabitkan saringan berkala untuk petugas barisan hadapan.

“Kita tidak tunggu bergejala baru nak saring, sebaliknya dilakukan secara berjadual,” katanya. – WILAYAHKU

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )