18 Jam Gangguan Air di Pulau Pinang: Lebih 33,000 Akaun Pengguna Terjejas

18 Jam Gangguan Air di Pulau Pinang: Lebih 33,000 Akaun Pengguna Terjejas

GEORGE TOWN, 19 Februari 2025 – Gangguan bekalan air selama 18 jam dijangka berlaku di Air Itam, Farlim, dan Paya Terubong bermula malam Jumaat ini, menjejaskan lebih 33,500 akaun pengguna di kawasan tersebut.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), gangguan ini berpunca daripada kerja-kerja pelencongan saluran paip utama bagi projek Jalan Pintasan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu-Air Itam.

“Bekalan air akan dihentikan dari 9 malam pada Jumaat hingga 3 petang Sabtu bagi membolehkan kerja-kerja penyambungan paip 600mm di kawasan Lebuhraya Thean Teik berhampiran Pasar Farlim diselesaikan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP, Datuk K. Pathmanathan.

Beliau turut menjelaskan bahawa tindakan ini adalah sebahagian daripada usaha mencegah gangguan jangka panjang dengan mengalihkan paip utama ke kawasan lebih selamat.

Sebanyak 64 kawasan akan terkesan termasuk Lintang Paya Terubong, Lorong Bukit Kukus, Jalan Buah Jambu, Medan Angsana Apartment, serta beberapa lokasi komersial dan kediaman lain.

PBAPP menasihatkan semua penduduk yang terlibat untuk menyediakan bekalan air lebih awal bagi menghadapi tempoh gangguan tersebut.

mediabatu.com

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )