143 peserta program Road To Tokyo negatif COVID-19

143 peserta program Road To Tokyo negatif COVID-19

KUALA LUMPUR,. Keseluruhan 143 peserta di bawah program ‘Road to Tokyo’ (RTT) di Pusat Latihan Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil, disahkan negatif jangkitan COVID-19.

Ia selepas baki 11 daripada 143 peserta yang masih menunggu keputusan ujian swab COVID-19 itu disahkan bebas daripada penyakit berjangkit berkenaan.

Perkembangan positif itu diumumkan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail dalam kenyataan MSN hari ini.

“Berdasarkan keputusan yang telah diperoleh daripada makmal perubatan BP Healthcare pada hari ini, sukacita dimaklumkan bahawa keputusan untuk ujian COVID-19 bagi 11 peserta itu adalah negatif.

“Kesemua 11 peserta akan memulakan sesi latihan pada 12 Jun 2020,” menurutnya dalam kenyataan itu.

Di bawah program RTT, seramai 143 peserta terdiri daripada atlet, jurulatih, atlet ‘rakan pelatih’, pengurus sukan, anggota sokongan serta pegawai khidmat sokongan sains dan perubatan sukan.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )