12,735 kes baharu COVID-19 semalam

12,735 kes baharu COVID-19 semalam

KUALA LUMPUR,. Malaysia merekodkan 12,735 kes baharu COVID-19 setakat 12 tengah hari semalam, berbanding 12,434 kes pada hari sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian di laman sosialnya memaklumkan perkembangan terbaru itu menjadikan kumulatif kes adalah 2, 245,695.

Sarawak kekal melaporkan kes harian tertinggi sebanyak 2,487 diikuti Selangor (1,940); Johor (1,241); Kelantan (1,232) dan Kedah (1,033).

Sabah pula merekodkan 993 kes disusuli Perak (913); Pulau Pinang (763); Terengganu (726); Pahang (697); Kuala Lumpur (258); Melaka (194); Negeri Sembilan (132); Perlis (97); Putrajaya (28) selain satu kes di Labuan.

Sementara itu, penggunaan katil COVID-19 setakat 5 petang semalam ialah 63 peratus bagi katil Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 55 peratus katil bukan ICU.

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )