12 individu langgar SOP berkumpul untuk solat berjemaah

12 individu langgar SOP berkumpul untuk solat berjemaah

KUALA LUMPUR,. Seramai 12 lelaki termasuk enam warga asing melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) setelah didapati berkumpul untuk melakukan solat secara berjemaah di sebuah premis rumah kedai di Taman Nirwana Ampang, dekat sini, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Esha berkata kesemua mereka termasuk pemilik premis yang berusia antara 23 hingga 60 tahun itu dikesan berkumpul semasa pemeriksaan dijalankan pada pukul 1.30 tengah hari.

Beliau berkata enam lelaki warga tempatan itu dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 setiap seorang manakala pemilik premis itu dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 mengikut Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempat-Tempat Jangkitan) (No 3) 2021.

“Siasatan awal mendapati premis itu merupakan pejabat bagi syarikat pembersihan, kawalan keselamatan dan urusan kargo tiga syarikat berlainan milik warga tempatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara, enam warga asing yang juga pekerja di syarikat itu, mempunyai dokumen pengenalan diri telah ditahan untuk siasatan lanjut.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)